WARGA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

Sunday 26 December 2010

DILEMA...JPJ @ MDKP?

Syukur kepada Allah dalam zaman yang kurang pekerjaan nie, aku masih lagi dapat kerja. Berebut-rebut aku tengok orang nak kerja. kirenye rezeki aku nie boleh dikatakan masih ada. jawatan yang aku pegang sekarang pon bagi aku dah lebih dari baik. Tambahan bekerja dengan sektor kerajaan menjadi pilihan ramai orang. So bagi aku masa mula-mula aku dapat tawaran kerja dengan MAJLIS DAERAH KUALA PILAH, kalau aku tolak, memang aku la manusia paling bodoh! hehehe...

Baru-baru nie, masa aku sampai rumah lepas balek dari kerja, mama aku hulurkan satu surat. Siap tulis URUSAN SERI PADUKA BAGINDA. Aku dah cuak. Surat saman ke ni? ( dalam kepala hotak aku memang pikir surat saman je..hahaha ) Aku buka dan aku baca apa yang tercetak dalam surat tu. Rupa-rupanya panggilan dari SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM atau lebih dikenali sebagai SPA. Dorang mintak supaya aku hadir untuk Ujian kecergasan bagi JABATAN PENGANGKUTAN JALAN atau JPJ pada 6 Januari 2011.

Hal-hal ni sekarang yang buat aku dalam dilema. Aku memang minat dengan kerja dalam unit beruniform macam JPJ nie sebab dulu masa sekolah, aku aktif jugak dalam unit beruniform nie. Lagi satu, JPJ nie di bawah SPA. So kalau aku tolak, lepas nie dah tak ada peluang dah nak dipanggil. Kira macam kena blacklist la dengan SPA.

Lain pulak dengan MDKP. Sampai pencen aku dekat sini. Tak boleh tukar ke tempat lain sebab MDKP adalah Pihak Berkuasa Tempatan yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Sembilan. Bukan macam kerajaan persekutuan yang boleh minta tukar gi mane-mane dalam Malaysia nie.

Benda nie memang membuatkan aku dalam dilema. Ada baik dan buruknya. Pro dan kontranya. Aku berharap sangat aku dapat buat keputusan yang betul.

No comments:

Post a Comment