WARGA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

Sunday 26 December 2010

PEMINJAM VS PTPTN

Petang-petang macam nie, sedap jugak aku makan kuaci ngan sekotak air soya sambil melawat page facebook orang laen. Masa aku baca-baca komen kat satu page nie ( nama dirahsiakan atas dasar-dasar keselamatan..haha ), aku terbaca la sorang mamat ni anta komen kat page tu. Tertarik jugak aku dengan gubahan yang mamat tu lakukan.  Kreatif jugak la. Aku nak share kejap ape yang mamat tu tulis ( tulis ke taip? hmm ) kat bawah ni.. Enjoy!


PULANGKAN ( EX-STUDENT IPT FEAT PEGAWAI PTPTN )

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang


(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku


Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)
Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)
(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua


Hahaha. Nak kutuk PTPTN siap ade lagu lagi. Berduet lak tu.. Sebenarnya aku pon salah sorang dari peminjam PTPTN ni. Ape yang aku tengok dan dengar selama nie, para peminjam ni sebenarnya bukan liat nak bayar. Tapi dorang nak PTPTN mansuhkan dulu pelbagai vaj yang dikenakan. Maksudnya kalau pinjam RM 1000, bayar pon RM 1000. tak ada caj, tak ada kos pentadbiran, tak ada bunga sepertimana peminjam MARA dapat. Kalau PTPTN hapuskan caj dan kos segala tu, aku yakin ramai peminjam akan berduyun-duyun gi bayar kat KL Sentral tu. hehehe. 

Kepada para peminjam seperti aku ni pon, jangan la liat nak bayar jugak. hehehe.

p/s : start bulan JUN 2011, aku kena bayar melalui potongan gaji
bermakna aku tak boleh lari la dari PTPTN. huhuhu.

No comments:

Post a Comment