WARGA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

Thursday 30 December 2010

SEMANGAT HARIMAU MALAYA DI KP CORNER

Hari nie aku pilih untuk gunakan font color warna hijau sebab sorang staf kat Majlis Daerah Kuala Pilah nie suka sangat warna hijau. So demi mengingati beliau, aku nak guna font warna hijau. hahaha. Semalam aku dan beberapa orang staf MDKP lepak kat KP Corner di Kuala Pilah nie untuk menyaksikan perlawanan akhir pusingan ke dua di antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno. Ramai jugak la yang lepak kat kedai mamak tu untuk memberikan sokongan kat team Harimau Malaya kite nie. Akhirnya, dengan doa dan harapan peminat bola sepak di tanah air, kita berjaya memenangi Piala AFF Suzuki dengan keputusan agregat 4-2 walaupon pada perlawanan itu, kita tewas 2-1. Tahniah diucapkan kepada pemain negara yang mengharumkan nama negara di pentas bola sepak Asia Tenggara. Harap-harap misi selepas nie, kita dapat duduk sebaris dengan pasukan elit bola sepak Asia seperti Korea Selatan, Jepun dan yang lain-lain dan seterusnya memenangi pula Piala Asia. InsyaAllah. Semalam aku tak dapat capture banyak gambar untuk tatapan. Nie je la yang aku sempat. :-)

ABG SHAIFFUL TERMENUNG SEKETIKA..

  
DAPAT TABLE KELAS PERTAMA. DEPAN SKRIN BESAR. HAHAHA
WAJAH KERIANGAN PEMINAT FANATIK. HAHAHA
SEMANGAT HARIMAU MALAYA!!
LEPAS HABIS MATCH....

Dan hasilnya............................................................................

MALAYSIA JUARA!!!!!!!
Lepas abes perlawanan tu, aku,Aizat dan Mohaizad plan nak gi karaoke. Pikir punya pikir, last-last ke Bahau jugak kami. Hahaha. Karaoke kat Kiara Square. Lepas tu, singgah makan jap dan teros pulang ke rumah mohaizad. Ari ni nak kerja. So kena la tido kan untuk menghadapi cabaran-cabaran kerja. :-)


p/s : -Dengar citer Rajagobal nak dapat gelaran Dato'. Tahniah diucapkan kepada coach!
-Terima kasih jugak kat team negara sebab dengan 
kemenangan dorang la, aku dapat cuti esok. Hahaha 

No comments:

Post a Comment