WARGA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

Wednesday 29 December 2010

SAKIT TAPI BEST!

Assalamualaikum. Hari nie badan-badan aku dah mula rasa sakit-sakit. Gi keje pon jalan slow-slow je. dah macam kena HIV pon ade. Hahaha. Nie suma berpunca aktiviti semalam la. Petang macam biasa, jogging dekat Taman rekreasi Rembau. Malamnye pulak aku ke Kuala Pilah balik. Staf-Staf Majlis Daerah Kuala Pilah ( Abang Hasnorizal, Aizat, Mohaizad dan beberapa orang lagi ) ajak aku main badminton. Dari pukul 9.00 malam sampai pukul 12.00 tengah malam kami berumah di Dewan Lama MDKP. Dan akibatnya, bangon dari tido je pagi tadi, otot-otot rasa sakit. Tapi mula-mula je. Bila dah selalu nanti ok la.

Memang terasa sangat perubahan semenjak aku selalu turun bersukan dan berhenti merokok nie. Memang nafas pon rasa panjang je bile tarik. Harap-harap amalan hidup sihat yang aku sedang amalkan nie dapat bertahan sampai bila-bila.

Hari nie aku gi keje pakai selipar je. Hahaha. Semalam kaki aku melecet masa main badminton. Dan disebabkan kaki melecet jugak la, aku terpaksa batalkan niat aku nak jogging petang nie. Hope kaki aku boleh sembut cepat.

Dan pagi nie pulak MDKP anjurkan Kursus penanaman pokok untuk Pekerja Am Rendah MDKP. Tugas aku kena setting barang-barang IT untuk kegunaan Kursus tersebut seperti Laptop, Skrin Projektor dan LCD Projektor di Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah dalam keadaan yang serba sakit nie. Hahaha. Tak ape la. dah nama Berkhidmat Untuk Negara dan Saya Yang Menurut Perintah. So dalam keadaan sakit pon kena la kerja bagi melamcarkan Kursus tu kan.


Pagi ni jugak Para Anggota Penguatkuasa MDKP kembali menggunakan HandHeld untuk merekod dan mencetak kompaun dan saman. Sistem HandHeld nie dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian ICT MDKP. So kalau ada masalah, aku kena selesaikan. Kalau aku tak dapat selesaikan, aku kena refer Bos Besar aku yang sekarang nie ada kat Sabah. Harap-harap tak ade masalah la. :-)


Aku pon dah tak tau nak merepek ape lagi. Nanti kalau ada idea lagi, InsyaAllah aku akan update yaa.. Daa..

No comments:

Post a Comment