WARGA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

Thursday 30 December 2010

SEMANGAT HARIMAU MALAYA DI KP CORNER

Hari nie aku pilih untuk gunakan font color warna hijau sebab sorang staf kat Majlis Daerah Kuala Pilah nie suka sangat warna hijau. So demi mengingati beliau, aku nak guna font warna hijau. hahaha. Semalam aku dan beberapa orang staf MDKP lepak kat KP Corner di Kuala Pilah nie untuk menyaksikan perlawanan akhir pusingan ke dua di antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno. Ramai jugak la yang lepak kat kedai mamak tu untuk memberikan sokongan kat team Harimau Malaya kite nie. Akhirnya, dengan doa dan harapan peminat bola sepak di tanah air, kita berjaya memenangi Piala AFF Suzuki dengan keputusan agregat 4-2 walaupon pada perlawanan itu, kita tewas 2-1. Tahniah diucapkan kepada pemain negara yang mengharumkan nama negara di pentas bola sepak Asia Tenggara. Harap-harap misi selepas nie, kita dapat duduk sebaris dengan pasukan elit bola sepak Asia seperti Korea Selatan, Jepun dan yang lain-lain dan seterusnya memenangi pula Piala Asia. InsyaAllah. Semalam aku tak dapat capture banyak gambar untuk tatapan. Nie je la yang aku sempat. :-)

ABG SHAIFFUL TERMENUNG SEKETIKA..

  
DAPAT TABLE KELAS PERTAMA. DEPAN SKRIN BESAR. HAHAHA
WAJAH KERIANGAN PEMINAT FANATIK. HAHAHA
SEMANGAT HARIMAU MALAYA!!
LEPAS HABIS MATCH....

Dan hasilnya............................................................................

MALAYSIA JUARA!!!!!!!
Lepas abes perlawanan tu, aku,Aizat dan Mohaizad plan nak gi karaoke. Pikir punya pikir, last-last ke Bahau jugak kami. Hahaha. Karaoke kat Kiara Square. Lepas tu, singgah makan jap dan teros pulang ke rumah mohaizad. Ari ni nak kerja. So kena la tido kan untuk menghadapi cabaran-cabaran kerja. :-)


p/s : -Dengar citer Rajagobal nak dapat gelaran Dato'. Tahniah diucapkan kepada coach!
-Terima kasih jugak kat team negara sebab dengan 
kemenangan dorang la, aku dapat cuti esok. Hahaha 

Wednesday 29 December 2010

RENUNGAN BERSAMA.......


KITA RENUNGKAN SAMA-SAMA. SEBESAR MANA PON KITA DI DUNIA NI, SATU HARI NANTI KITA SAMA SAHAJA. CUMA YANG BAIK DIBALAS DENGAN BAIK DAN SEBALIKNYA.

SAKIT TAPI BEST!

Assalamualaikum. Hari nie badan-badan aku dah mula rasa sakit-sakit. Gi keje pon jalan slow-slow je. dah macam kena HIV pon ade. Hahaha. Nie suma berpunca aktiviti semalam la. Petang macam biasa, jogging dekat Taman rekreasi Rembau. Malamnye pulak aku ke Kuala Pilah balik. Staf-Staf Majlis Daerah Kuala Pilah ( Abang Hasnorizal, Aizat, Mohaizad dan beberapa orang lagi ) ajak aku main badminton. Dari pukul 9.00 malam sampai pukul 12.00 tengah malam kami berumah di Dewan Lama MDKP. Dan akibatnya, bangon dari tido je pagi tadi, otot-otot rasa sakit. Tapi mula-mula je. Bila dah selalu nanti ok la.

Memang terasa sangat perubahan semenjak aku selalu turun bersukan dan berhenti merokok nie. Memang nafas pon rasa panjang je bile tarik. Harap-harap amalan hidup sihat yang aku sedang amalkan nie dapat bertahan sampai bila-bila.

Hari nie aku gi keje pakai selipar je. Hahaha. Semalam kaki aku melecet masa main badminton. Dan disebabkan kaki melecet jugak la, aku terpaksa batalkan niat aku nak jogging petang nie. Hope kaki aku boleh sembut cepat.

Dan pagi nie pulak MDKP anjurkan Kursus penanaman pokok untuk Pekerja Am Rendah MDKP. Tugas aku kena setting barang-barang IT untuk kegunaan Kursus tersebut seperti Laptop, Skrin Projektor dan LCD Projektor di Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah dalam keadaan yang serba sakit nie. Hahaha. Tak ape la. dah nama Berkhidmat Untuk Negara dan Saya Yang Menurut Perintah. So dalam keadaan sakit pon kena la kerja bagi melamcarkan Kursus tu kan.


Pagi ni jugak Para Anggota Penguatkuasa MDKP kembali menggunakan HandHeld untuk merekod dan mencetak kompaun dan saman. Sistem HandHeld nie dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian ICT MDKP. So kalau ada masalah, aku kena selesaikan. Kalau aku tak dapat selesaikan, aku kena refer Bos Besar aku yang sekarang nie ada kat Sabah. Harap-harap tak ade masalah la. :-)


Aku pon dah tak tau nak merepek ape lagi. Nanti kalau ada idea lagi, InsyaAllah aku akan update yaa.. Daa..

Tuesday 28 December 2010

MULAKAN GAYA HIDUP SIHAT..TAK NAK MEROKOK!

Alhamdulillah. Hari nie dah masuk hari ke tiga aku tak hisap rokok. Azam aku untuk tahun depan. MULAKAN GAYA HIDUP BARU DAN TAK NAK MEROKOK!.





Ntah dari mana aku dapat keinsafan nak berhenti rokok ni, aku pon tak tau. Hahaha. Dulu masa bulan puasa tahun nie pon aku pernah jugak try berhenti, tapi kantoi di pertengahan jalan. Banyak sangat dugaan yang aku hadapi. Hehehe. Agak-agaknye aku nie kena campak kat sebuah pulau yang tak ada rokok dan tak ada orang yang hisap rokok selama setahun. baru boleh berhenti kan. Hehehe. Sape-sape yang nak tau lebih lanjut lagi pasal keburukan rokok nie, sila lah klik dekat sini. Mungkin korang akan dapat info pasal rokok nie kan.

Kalau setakat berhenti rokok je, tapi tak buat aktiviti bersukan, pon tak guna jugak. Sekarang ni aku selalu jugak la joging dekat Taman Rekreasi Rembau tu. Lepas balik keje je, teros gi sana. Kalau tak larat nak joging, aku sekadar berjalan kaki je. Tak pe la daripada tak buat apa langsung kan. Mungkin lepas ni aku ingat nak join bersukan pulak. Boleh jugak la menyerlahkan bakat-bakat yang terpendam kan. hahaha. Setakat main congkak ke, batu seremban ke, kawen-kawen ke ( eh, kawen-kawen nie sukan jugak ke????? ), aku dah champion dah. Hahaha. Nak aktif balik main badminton ke, futsal ke, bola sepak ke, sepak orang ke. Harap-harap apa yang aku plan nie bukan la sekadar hangat- hangat najis ayam. hehehe. So aku harap korang yang tak pernah bersukan ke, tak pernah keluar peluh ke, atau yang dok mengadap komputer game selalu tu, marilah kita sama-sama berhijrah ke kehidupan yang lebih sihat. InsyaAllah.

p/s : Azam tahun depan ingat nak hantar rombongan merisik.hehehe. Harap-harap dimakbulkan Allah. 

Monday 27 December 2010

BIASE JERRR..

Hari nie hidup aku bermula seawal pukul 6.30 pagi. Biasa la.. Time nak gi kerja kan. Perjalanan dari Rembau ke Kuala Pilah mengambil mase lebih kurang 40 minit. So pukul 7.00 pagi aku dah kena gerak dari rumah. Sampai MDKP lebih kurang 7.40 pagi.

Hari ni keje aku kat opis boleh tahan banyak jugak la. Sistem e-Pihak Berkuasa Tempatan atau e-PBT asyik buat hal je. Tapi lepas disiasat, bukan masalah daripada sistem. Tetapi masalah tu datang dari perisian anti virus yang kami gunakan. So dia jadi konfilk. Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ni sebelum pihak vendor selesaikan adalah dengan meng'uninstall' anti virus tu.. Yeahh!!!

Jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Nak tunggu waktu rehat. Hehehe. Lepas ni kalau ade pape lagi, InsyaAllah aku akan updated lagi ye.. Bubye..

Sunday 26 December 2010

DILEMA...JPJ @ MDKP?

Syukur kepada Allah dalam zaman yang kurang pekerjaan nie, aku masih lagi dapat kerja. Berebut-rebut aku tengok orang nak kerja. kirenye rezeki aku nie boleh dikatakan masih ada. jawatan yang aku pegang sekarang pon bagi aku dah lebih dari baik. Tambahan bekerja dengan sektor kerajaan menjadi pilihan ramai orang. So bagi aku masa mula-mula aku dapat tawaran kerja dengan MAJLIS DAERAH KUALA PILAH, kalau aku tolak, memang aku la manusia paling bodoh! hehehe...

Baru-baru nie, masa aku sampai rumah lepas balek dari kerja, mama aku hulurkan satu surat. Siap tulis URUSAN SERI PADUKA BAGINDA. Aku dah cuak. Surat saman ke ni? ( dalam kepala hotak aku memang pikir surat saman je..hahaha ) Aku buka dan aku baca apa yang tercetak dalam surat tu. Rupa-rupanya panggilan dari SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM atau lebih dikenali sebagai SPA. Dorang mintak supaya aku hadir untuk Ujian kecergasan bagi JABATAN PENGANGKUTAN JALAN atau JPJ pada 6 Januari 2011.

Hal-hal ni sekarang yang buat aku dalam dilema. Aku memang minat dengan kerja dalam unit beruniform macam JPJ nie sebab dulu masa sekolah, aku aktif jugak dalam unit beruniform nie. Lagi satu, JPJ nie di bawah SPA. So kalau aku tolak, lepas nie dah tak ada peluang dah nak dipanggil. Kira macam kena blacklist la dengan SPA.

Lain pulak dengan MDKP. Sampai pencen aku dekat sini. Tak boleh tukar ke tempat lain sebab MDKP adalah Pihak Berkuasa Tempatan yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Sembilan. Bukan macam kerajaan persekutuan yang boleh minta tukar gi mane-mane dalam Malaysia nie.

Benda nie memang membuatkan aku dalam dilema. Ada baik dan buruknya. Pro dan kontranya. Aku berharap sangat aku dapat buat keputusan yang betul.

PEMINJAM VS PTPTN

Petang-petang macam nie, sedap jugak aku makan kuaci ngan sekotak air soya sambil melawat page facebook orang laen. Masa aku baca-baca komen kat satu page nie ( nama dirahsiakan atas dasar-dasar keselamatan..haha ), aku terbaca la sorang mamat ni anta komen kat page tu. Tertarik jugak aku dengan gubahan yang mamat tu lakukan.  Kreatif jugak la. Aku nak share kejap ape yang mamat tu tulis ( tulis ke taip? hmm ) kat bawah ni.. Enjoy!


PULANGKAN ( EX-STUDENT IPT FEAT PEGAWAI PTPTN )

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang


(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku


Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)
Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)
(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua


Hahaha. Nak kutuk PTPTN siap ade lagu lagi. Berduet lak tu.. Sebenarnya aku pon salah sorang dari peminjam PTPTN ni. Ape yang aku tengok dan dengar selama nie, para peminjam ni sebenarnya bukan liat nak bayar. Tapi dorang nak PTPTN mansuhkan dulu pelbagai vaj yang dikenakan. Maksudnya kalau pinjam RM 1000, bayar pon RM 1000. tak ada caj, tak ada kos pentadbiran, tak ada bunga sepertimana peminjam MARA dapat. Kalau PTPTN hapuskan caj dan kos segala tu, aku yakin ramai peminjam akan berduyun-duyun gi bayar kat KL Sentral tu. hehehe. 

Kepada para peminjam seperti aku ni pon, jangan la liat nak bayar jugak. hehehe.

p/s : start bulan JUN 2011, aku kena bayar melalui potongan gaji
bermakna aku tak boleh lari la dari PTPTN. huhuhu.

MASA UNTUK SKT!!!!


bagi kakitangan awam a.k.a pegawai kerajaan yang dah lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam, mesti tak ada masalah dalam menyiapkan SKT atau Sasaran Kerja Tahunan. Bila dah hujung-hujung tahun nie, biasanya kakitangan awam akan diberikan masa sebulan untuk menyiapkan SKT ini...

masalahnye, aku baru pertama kali nak buat SKT nie. Dapat je paper SKT ni, aku tengok dah macam paper SPM pon ade. Bukak je dalamnye, tengok soalan dia buat aku teros pening kepala memikirkan macam mana nak siapkan SKT ni.Pegawai atasan aku nak SKT aku sebelum Tahun Baru ni. Ini bermakna aku hanya ada masa tak sampai seminggu untuk siapkan SKT ni! alamak!!

Ape yang patot aku lakukan?? aku dah belek-belek fail SKT Bahagian ICT MDKP sebelum-sebelum nie.. tapi cam tak banyak je maklumat aku dapat. huhuhu. kalau ade la dalam MDKP nie orang yang same Gred dan jawatan dgn aku, boleh la aku tiru-tiru sikit.. ( niat jahat betol..hahah ) tak ape la adam. Ko wat la slow-slow.. Yang penting, sebelum pukul 5.00 petang hari Jumaat ni, da siap dihantar atas meja Bos! hehehe...Chaiyok2!!

AHAD, 26 DISEMBER 2010 ( TAK ADE IDEA NAK LETAK TAJUK )

Assalamualaikum! penatnye ari nie.. semalam banyak sangat aktiviti yang dilakukan oleh aku..hehehe.. ari ni ari Ahad.. Malam nie pulak Malaysia lawan Indonesia untuk final Piala AFF Suzuki pusingan pertama kat Bukit jalil.. harap-harap Malaysia menang la.. Prediction aku.. Malaysia 2-0 Indonesia.. hehehe..

ari nie aku ingat nak rest je.. tapi tetap tak boleh rest jugak... banyak kerja tertangguh dekat cyber cafe-cyber cafe kepunyaan Era Mega technologies Sdn. Bhd. dan AD Billon Enterprise.. tapi nak gi AD Billon nie yang malas nie.. Dah la jaoh.. nama je aku ni Managing Director kat sane, tapi malas nak gi opis sendiri..hehehe...padahal Majlis Daerah Kuala Pilah yang lagi jaoh tuh sanggop lak aku ulang alik tiap-tiap ari..

Sekarang ni aku kat salah sebuah cyber cafe Era Mega.. kat umah aku tak ade access Internet.. so terpaksa pergi ke cyber cafe... sambil-sambil repair komputer yang ade masalah nie, leh la aku update blog yang telah lama ku tinggalkan ini..sedih lak rase.. hehehe...

Wednesday 22 December 2010

SELAMAT KEMBALI ADAM!!

Wah!! Dah lame sangat aku tak update blog ni..da setahon rupenye..hihihi.. Dalam masa setahun nie, macam-macam da jadik kat aku.. Sekarang aku bukan lagi warga Unisel tapi dah jadi warga MDKP atau dalam bahasa saintifiknye Majlis Daerah Kuala Pilah.. Dah dekat 5 bulan aku berkhidmat sebagai kakitangan awam.. masa tengah update blog ni pon, aku kat opis lagi..

Macam-macam la nak cite ape yang dah jadi dan yang akan jadi nie..ade suka.. ade jugak dukanye.. tak ape la.. slow-slow kayuh kan.. sampai sini saje aku update.. InsyaAllah ade masa aku akan update lagi yee..

Saturday 12 December 2009

Heppy Bufdayyyy!!!!





Happy birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy birthday to Nurul Syazana,
Happy Birthday to you.....

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Nurul Syazana,
Allah selamatkan kamu.......

Happy bufday diucapkan kepada my forever frenz, Nurul Syazana Datuk Seri Ahmad Said.....Ish3...Dah tua rupenya syaz eh..hahaha..pape pon, Adam nak wish semoga panjang umo...dimurahkan rezeki...sedar x sedar dah 20 tahon kan syaz kat dunia nih..hahaha..so sorry syaz coz Adam balek awal..xleh nak celebrate bufday syaz..but don't worry my dear, sem depan kalu Adam jumpe syaz, Adam banje syaz makan eh..pomis...hehehehe...n Adam akan ingat sampai bile2 tarikh yang syaz penah cakap kat adam...12/12/2012..hehehehe..sempena ulang tahun syaz ari nih, adam nak mintak maap kalu adam ade wat salah silap ( dah macam rayess la pulak )...pape pon, hope ur enjoy with ur life...chaiyokk..

Thursday 10 December 2009

Hari Yang Indah Kot...









Hari nih sume budak2 umah aku kat UNISEL gi cuci umah kat kampung bukit minyak ( Sabril,Abg Zack,Wan,Nash,Mus..n aku dengar2 Sabril bawak Ku sama..hahaha..)..Umah baru kami untuk sem depan..Sume dah malas nak duduk Ostel Jana Mencekik...hahaha...aku harap korang basoh la umah bersih2..sem depan aku duduk je...hahaha..senang keje aku...

Hari ni idop aku bermula seawal 12.00 tgh hari..( semalam tgk bola juventus lawan bayern munich..juve kalah..4-1 lak tuh..haha..)..tuh pon ayah aku call sebab ade problem internet connection kat cc koperasi...so tugas aku la nak kena pergi settle benda2 tuh...huhu..mengacau je aku nak tido..last2 dah ade kat cc,,teros online la...haha..tengah2 online nih, aku dikejutkan dengan sesuatu benda..jeng jeng jengggg......ex aku masa sekolah add aku kat Facebook ( muka buku ) ngan MySpace ( ruang saya )..terkejut seyhh..time2 single nih ramai lak yang mencarik..haha..( nama ex aku tuh Siti Norhanim Binti Mohd Rosli )..so aku amek la peluang nih sembang2 ngan dia..tengah2 best sembang2 nih,ade lak banyak masalah pasal pc yang timbul..OS hilang la,nak kena masok DVD writer la,nak kena pasang cpu balek la,power supply rosak la..adess..banyak sungguh kerjaku di musin cuti2 nih..haha..pas nih prob ape lak yang nak menyusul aku tak tahu...So sampai sini dulu aku updated blog nih..nanti kalu aku rajin aku updated banyak2 ( mood x bape rajin nih..hahaha..)..

Wednesday 9 December 2009

PENAT!!!!!!!!!






Ari yang sungguh memenatkan bagi aku..huhu...nih sume pasal benda2 kat atas nih la..hampeh tol...korang leh wat hal ari nih..memang penat..dah la cuaca kat luar pon panas ( dulu mase hujan aku slalu komplen sebab kotorkan kete aku..hahahaha.. )..

Kali nih aku nak citer ape masalah2 aku pasal benda2 kat atas nih..

1. Supply kat salah 1 PC kat cc koperasi ( PC no 18 ) leh lak rosak..hampeh la ko..nak kena beli la nih..tapi aku x kesah pon sebab bukan guna duit aku yang nak beli benda nih..hahaha..

2. OS atau lebih dikenali sebagai Operating System ( ala..yang windows tuh ) leh lak missing kat PC no 8 kat cc Rembau...ko mmg menambahkan keje aku nak klon...hampeh tol...

3. Nih citer pasal mouse lak...benda x rosak, diorg cakap rosak..adess...buat penat aku g jaoh2..ingatkan rosak..last2 leh guna...hampeh jugak.. ( benda nih berlaku kat cc Rembau jugak..hehehe.. )

4. haa..citer pasal HDD atau hard disk...benda nih sensitif..last2 aku yang menjahanamkan dia..hahaha...last2 aku gak yang nak kena tukar n klon balek hard disk kat pc yang aku bagi rosak tuh...

memang penat ari nih...penat ohhh penat...machaaaaa!!! ABC 1!!!!!!!

Thursday 13 August 2009

Post Pertama

Alhamdulillah..akhirnya berjaya jugak aku coz ada sebuah blog...hahaha..(perasan siot)..so untuk permulaan, tak banyak yang aku nak cakap..InsyaAllah aku akan sentiasa update blog nih...huhuhu..kalu aku rajin nak menaip la....hahaha...