WARGA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

Tuesday 28 December 2010

MULAKAN GAYA HIDUP SIHAT..TAK NAK MEROKOK!

Alhamdulillah. Hari nie dah masuk hari ke tiga aku tak hisap rokok. Azam aku untuk tahun depan. MULAKAN GAYA HIDUP BARU DAN TAK NAK MEROKOK!.





Ntah dari mana aku dapat keinsafan nak berhenti rokok ni, aku pon tak tau. Hahaha. Dulu masa bulan puasa tahun nie pon aku pernah jugak try berhenti, tapi kantoi di pertengahan jalan. Banyak sangat dugaan yang aku hadapi. Hehehe. Agak-agaknye aku nie kena campak kat sebuah pulau yang tak ada rokok dan tak ada orang yang hisap rokok selama setahun. baru boleh berhenti kan. Hehehe. Sape-sape yang nak tau lebih lanjut lagi pasal keburukan rokok nie, sila lah klik dekat sini. Mungkin korang akan dapat info pasal rokok nie kan.

Kalau setakat berhenti rokok je, tapi tak buat aktiviti bersukan, pon tak guna jugak. Sekarang ni aku selalu jugak la joging dekat Taman Rekreasi Rembau tu. Lepas balik keje je, teros gi sana. Kalau tak larat nak joging, aku sekadar berjalan kaki je. Tak pe la daripada tak buat apa langsung kan. Mungkin lepas ni aku ingat nak join bersukan pulak. Boleh jugak la menyerlahkan bakat-bakat yang terpendam kan. hahaha. Setakat main congkak ke, batu seremban ke, kawen-kawen ke ( eh, kawen-kawen nie sukan jugak ke????? ), aku dah champion dah. Hahaha. Nak aktif balik main badminton ke, futsal ke, bola sepak ke, sepak orang ke. Harap-harap apa yang aku plan nie bukan la sekadar hangat- hangat najis ayam. hehehe. So aku harap korang yang tak pernah bersukan ke, tak pernah keluar peluh ke, atau yang dok mengadap komputer game selalu tu, marilah kita sama-sama berhijrah ke kehidupan yang lebih sihat. InsyaAllah.

p/s : Azam tahun depan ingat nak hantar rombongan merisik.hehehe. Harap-harap dimakbulkan Allah. 

No comments:

Post a Comment